Thursday, March 28, 2013

BAHAYA dan Atasi Hb Rendah ketika Mengandung!

Bahayanya jika HB rendah semasa mengandung.. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat!

 

PUNCA HB RENDAH

   
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar HB normal
Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
Kekurangan asid folat
Pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL



KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS 

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?


1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis


2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan
HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

 
Shaklee juga ada sesuatu untuk anda yang mengalami masalah HB rendah ini. Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum. 

Jom tengok testi pelanggan yang telah mencuba Vita-Lea nie!





sms@whatsapp effa 
0195738234